Wednesday, 27 April 2016

Tips diet Atkins, whop !

Good day everyone,

Seiring dengan tajuk saya nak menulis tentang diet Atkins yang sekarang ramai yang dah mencuba sebagai salah satu cara untuk kuruskan badan. Diet Atkins ni adalah salah satu diet yang berkesan untuk menurunkan berat badan. Saya lihat baru-baru ini ramai yang post tentang bahaya diet Atkins, tentang kesan jangka panjang dan sebagainya. Pendapat saya, bukan sahaja diet Atkins tetapi diet lain juga mungkin akan bahayakan diri anda jika anda tidak tahu atau tidak ada ilmu tentang sesuatu diet itu. Semua pilihan yang ada atas muka bumi ni ada pro and con jadi maka buatlah pilihan yang tepat. Setakat ni ramai yang buat Atkins dan ramai juga yang berjaya.

Sebelum buat sesuatu diet itu pertama sekali anda perlu faham bagaimana kondisi keadaan anda, tahap kesihatan anda dan juga rutin harian yang anda jalankan. Kaji dahulu diet yang manakah yang sesuai dengan semua aspek itu. Saya ingatkan anda, lain orang lain kondisi badan dan lain juga rutin hariannya. Again, mana-mana diet adalah pilihan anda dan tak perlu lah menjadi copy person yang hanya ikut diet orang lain semata-mata dan akhirnya kecundang.

Jom tengok apa itu diet Atkins.....

Diet Atkins ni adalah satu diet mengurangkan dan menghadkan karbohidrat dalam pemakanan seharian anda. Saya panggil diet short term sebab anda akan dapat result dalam kadar yang cepat kalau buat betul-betul. Diet ni agak strict dan tak fun jika anda tak tahu menu makanan yang lulus Atkins. Pada asasnya diet Atkins ni ada 4 stage yang dipanggil fasa 1 atau induction, fasa 2, fasa 3 dan fasa 4. Kesemua fasa ini berbeza jumlah karbohidrat yang patut anda ambil.

Bagi yang baru nak berjinak berdiet Atkins ni fasa yang perlu anda buat adalah fasa 1 tetapi dimulakan dengan induction selama 2minggu. Kenapa induction? Induction ini adalah tempoh dimana nak tengok diet Atkins ini berkesan atau sesuai ke tidak dengan badan anda. Jika sesuai anda boleh teruskan dengan fasa 1 atau bergerak kepada fasa 2. Cadangan saya mereka yang beratnya lebih daripada 80kg anda boleh teruskan fasa 1 sehingga anda mendapat berat ideal anda. Semasa diet ni anda kena tinggalkan semua bad carbs contoh nasi, mee, biskut, roti dan sebagainya, fast food, makanan yang mengandungi sodium yang tinggi, gula, dan makanan tinggi karbohidrat (semua ni boleh rujuk di google).


Merujuk pada gambar diatas, fasa 1 adalah dimana jumlah karbohidratnya adalah 20g sehari. Apa yang anda boleh makan? Anda boleh makan sayur, protein dan lemak baik sahaja. Anda boleh makan sampai anda kenyang tetapi kena ingat jangan sampai lebih had karbohhidrat yang ditetapkan.


Anda boleh lihat gambar diatas atau boleh google makanan mana yang boleh dan yang tak boleh. Mungkin anda rasa makanan yang anda boleh makan tu sikit sahaja tetapi jika anda kretif anda boleh makan makanan yang sedap seperti sebelum berdiet. Gambar dibawah adalah contoh menu untuk fasa 1 atau induction. Anda mesti tertanya kenapa Atkiners mesti makan telur sebagai salah satu protein. Telur adalah salah satu sumber protein yang paling baik untuk membantu dalam pembakaran lemak. Ramai yang cakap pengambilan telur berlebihan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Untuk pengetahuan anda semua telur itu adalah protein yang larut dalam air. Untuk mengelakkan protein lebihan yang tidak tertapis anda dinasihatkan untuk banyakkan minum air putih. Pengambilan telur yang banyak jugak boleh menyebabkan tahap kolestrol anda menaik akan tetapi tidaklah terjadi jika anda makan 2-3 biji sehari.




TIPS UNTUK DIET ATKINS....
Diet ni saya bahagikan kepada 3 bahagian.
1) pemakanan 
2) pengambilan air putih yang cukup
4) senaman

Jadi untuk diet yang bagus anda perlu jaga pemakanan anda. Anda mungkin akan membuat kesilapan dalam pemakanan pada minggu awalnya akan tetapi anda boleh teruskan dengan penambahbaikan. Jangan terus berhenti kerana itu akan merugikan anda. Pengambilan air yang cukup adalah sangat penting bagi membantu penghadaman anda dan juga membuang toksin dalam badan anda. Anda boleh rujuk post saya yang sebelum ini berkaitan dengan air. Ramai yang cakap apabila melakukan diet Atkins, tidak perlulah melakukan senaman. Bagi saya senaman itu penting bagi meningkatkan metabolisma anda walaupun hanya mengambil masa 20-30 mins sehari. 

# TIPS 1 - FAHAM
Kefahaman tentang diet ini adalah sangat penting. Ramai yang kecundang sebab mereka tak faham bagaimana diet ini berjalan dan berkesan. Apabila anda kurang faham mengenai diet ini anda akan mengalami kekeliruan mengenai makanan yang anda perlu ambil dan akhirnya anda makan makanan yang sama setiap hari dan mungkin akan cheat. Jadi sebelum buat diet sila buat kajian dahulu makanan apa yang anda boleh makan dan yang mana yang tidak boleh makan. YES ! this is mandatory. Ramai yang post dekat page tanya boleh makan ke tidak dan yang paling sedih seperti zero knowledge. Memang bagus untuk bertanya tetapi bukan lah yang sudah ditanya berulang kali dan jawapan itu sudah ada dipage.

# TIPS 2 - RAJIN
YA YA YA kena RAJIN !!! Rajin cari maklumat. Rajin cari menu. Rajin masak. Rajin take note. Memang diet ni kena rajin kena masak. Jika kita masak kita boleh kawal ingredients makanan tersebut contohnya tidak tambah gula, kurangkan garam dan sebagainya. Ramai yang tidak dapat masak disebabkan faktor bekerja atau limitasi makanan bagi pelajar kolej akan tetapi masih boleh memilih makanan Atkins. Anda juga perlu rajin untuk kira karbohidrat untuk tahu berapa jumlah yang anda makan setiap hari. Jumlah karbohidrat untuk sesuatu bahan masakan itu boleh anda google je dan nasihatnya anda perlulah take note apa sahaja yang anda perlu bagi memudahkan kiraan. Anda perlu rajin untuk membaca label makanan yang anda beli. Anda boleh praktis untuk kira jumlah karbohidrat dalam masa seminggu dan selepas itu anda sudah boleh agak makanan apa yang anda perlu ambil bagi limitasi jumlah karbohidrat dalam seharian.

# TIPS 3 - SEDIAKAN NOTA
Nota itu penting bagi anda untuk mencatat apa yang anda makan dalam satu hari. Ini dikira sebagai journey lah. Catat semua yang anda makan dan ambil walaupun anda mengambil makanan yang dilarang. Catat semua jumlah karbo dalam seharian. Catat semua jumlah karbo dalam setiap ingredient. Ini adalah bagi memudahkan anda untuk lihat balik apa yang anda makan dan apa yang anda silap ketika berdiet jika berat anda tidak turun.

# TIPS 4 - RAJIN MINUM AIR
Minum air itu penting. Ramai yang complain kena minum air banyak, kerap ke tandas, lupa nak minum air dan sebagainya. Bila berdiet anda perlu rajin untuk minum air. Anda perlu minum lebih daripada 2L atau 8 gelas sehari bagi mengelak badan anda dehydrate. Tips nya, anda sediakan air putih dalam botol dan bawa kemana sahaja anda pergi contoh ke pejabat, ke kelas, untuk aktiviti luar dan sebaginya. Pastikan anda habiskan air itu dalam masa sehari.

# TIPS 5 - SENAMAN
Luangkan masa dalam 20-30mins sehari untuk bersenam contoh buat weight body dirumah atau senaman lain yang boleh mengeluarkan peluh. Impak senaman ini akan membuatkan badan anda bertenaga dan ringan.

# TIPS 6 - Motivasi
Sepertimana yang anda tahu diet Atkins adalah diet yang strict jadi untuk kekal tabah anda perlu cari motivasi anda tersendiri. Jika anda perlukan partner untuk melakukan diet ini maka carilah partner yang betul-betul niatnya untuk kuruskan badan. Jika anda perlukan seorang untuk guide, carilah seorang untuk guide anda. Kelilingi diri anda dengan mereka yang positif dan mereka yang sokong dalam proses anda untuk berdiet. Rajinkan diri untuk tengok testimoni mereka yang sudah berjaya kerana ini akan membuatkan anda untuk lebih tekad. Katakan yang positif kepada diri anda sendiri. Compliment yourself for every progress that you achieved. Anda perlu tahu apa goals anda dan mengapa anda mulakan diet ini. Jika anda tidak boleh untuk kekal dalam berdiet nasihat saya pilih diet lain yang sesuai dengan citarasa anda. Remember, there is price that you have to pay for everything that you want or you ask for. So tu adalah pengorbanan anda. Jika tidak tahan untuk teruskan berdiet kerana godaan makanan maka teruskan memiliki badan yang tidak sihat. 

# TIPS 7 - TEACH YOURSELF TO SAY NO
Ada yang whatsapp saya cakap " Han sorry, saya dah cheat sebab kawan ajak makan dekat luar, dah banyak kali tolak, segan pulak ". Untuk pengetahuan awak, diet ni tak halang anda untuk keluar bersama rakan mahupun keluarga. Anda boleh makan dikedai tetapi kena bijak memilih makanan yang boleh anda makan. Jangan terus pilih untuk cheat sebab itu merugikan diet anda. Say NO kepada makanan yang anda tak boleh makan bukan kepada ajakan rakan. Disini iman kena kuat, bukan untuk selama nya tetapi sampai anda mendapat berat yang anda mahukan. Nak atau tidak itu pilihan anda tetapi apa yang saya boleh katakan jangan rugikan masa anda untuk berdiet jika anda asyik memilih untuk cheat.

# TIPS 8 - CHEAT DAY
Cheat day ini bagus untuk hilangkan craving anda kepada makanan yang anda suka. Anda boleh buat cheat day satu hari dalam masa 2 minggu atau seminggu sekali. Tetapi jika anda bukan seorang iman yang kuat maka nasihatnya jangan ambil cheat day. Tendency anda untuk cheat lagi selepas itu besar jika anda ajar diri anda untuk cheat. Jangan ajar diri untuk cheat kerana anda akan selesa dan tidak rasa bersalah jika anda ambil makanan tersebut. Sebelum makan anda mungkin tidak terasa apa-apa tetapi for sure anda akan rasa menyesal selepas cheat. Tips untuk elakkan cheat jika anda di fasa 1 adalah anda ambil makanan yang boleh dimakan untuk fasa 2, 3 atau 4. Sebagai contoh anda mengambil buah-buahan dan ini akan selamatkan anda daripada mengambil nasi, mee dan sebagainya.

# TIPS 9 - CHECK PROGRESS
Selalu check progress ni bagus tapi ada juga yang tak boleh nak terima kalau diet tapi berat tak turun. Check progress ni nak tengok pemakanan anda tu sesuai ke tidak, ada yang salah dalam diet atau apa yang kurang. Anda boleh lihat progress seminggu sekali tetapi ada juga yang timbang hari-hari. Untuk pengetahuan anda apa yang anda timbang hari-hari itu mungkin berbeza kerana pengambilan makanan anda. Apa yang anda makan dan anda minum itu ada beratnya yang tersendiri jadi akan mempengaruhi berat badan anda. Jadi nasihat saya timbang seminggu sekali sahaja, Anda juga boleh tengok inchloss anda. Berat mungkin tak turun tetapi ada inchloss. Jika anda mengalami berat yang statik itu jangan risau. Teruskan diet anda dan jaga pemakanan. Bagi mereka yang bukan gemuk air anda mungkin akan mengalami penurunan yang sedikit sekitar purata 500g-1kg seminggu jadi jangan give up dan teruskan berdiet.

# TIPS 10 - WAKTU MAKAN
Anda boleh atur waktu makan anda 3 kali sehari ataupun 5 kali sehari. Anda boleh makan 3 kali sehari dengan portion yang besar atau 5 kali sehari dengan portion yang sedikit. Jumlah waktu makan ini bergantung kepada badan anda. Jika anda berasa lapar dengan mengambil 3 kali sehari anda boleh menambahnya menjadi 5 kali sehari tetapi masih berlimitkan karbohidrat yang anda boleh ambil. Pastikan anda makan ikut waktu dan jangan biarkan perut anda kosong kerana ini akan memberikan anda kesan sampingan seperti loya, pening dan pitam, Pastikan makanan yang anda ambil itu mencukupi dan jangan takut untuk makan sehingga kenyang. Again, anda boleh makan sehingga kenyang seperti sebelum berdiet. Tips nya tambahkan sayur sepertimana anda makan nasi.

......................................................................................................................................

GOODLUCK !!

Terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini. Semoga bermanfaat.

"Stay goal, have a faith and don't stop until you're proud"

Till next time,
Han.







Saturday, 2 April 2016

Air mengemukkan ?

Good day everyone...



Topic kali ini adalah topic yang hangat diperkatakan daripada dulu sehingga kini.

Soalan-soalan yang biasa ditanya :

Adakah air itu boleh menggemukkan ?
Jika minum air berlebihan boleh membuncitkan perut ke ?
Berapa banyak air yang patut kita minum dalam sehari ?
Ais bagus atau tidak ?
Minum air selepas atau semasa atau sebelum makan?

Mitos yang mengatakan air itu mengemukkan atau membuncitkan perut sering menjadi tanda tanya. Ada sesetengah yang takut untuk minum air dengan kuantiti yang banyak dalam sehari kerana mereka takut itu akan membuncitkan perut atau menggemukkan.

Soalan nya adalah :

Adakah air itu menggemukkan ?

Secara am nya air mengandungi isipadu (volume) dan bukan sahaja ada isipadu malah mempunyai berat. Contoh, jika anda timbang berat sebelum minum air dan selepas minum air, berat anda akan berbeza disebabkan oleh berat air yang masuk itu sendiri. Memang benar apabila anda minum air dengan kadar yang banyak perut anda akan membuncit disebabkan isipadu air. Jika isipadu air yang anda minum itu banyak maka perut anda akan membuncit tetapi dengan kondisi dibawah :

SHORT TERM = YES
LONG TERM (PERMENANT) = NO NO NO

Untuk pengetahuan anda, jumlah air yang anda minum tidak akan disimpan atau ditangkung dalam jangka masa yang panjang kerana air itu sendiri tidak mengandungi kalori ( 0 kalori). Hal ini berbeza dengan mereka yang mengalami masalah gemuk air atau gemuk lemak. Tambahan lagi, air itu sendiri tidak mengemukkan tetapi kualiti pemakanan itu yang menggemukkan. Contoh, jika anda banyak consume makanan yang berlemak atau bergaram maka pengekalan air (water retention) itu akan bertambah. Let say, garam itu sebagai pasir, apabila anda makan makanan yang bergaram dengan banyak maka garam itu akan menangkung air ibarat pasir yang menangkung air.

Buncit itu adalah keadaan yang datangnya daripada isipadu air yang bertakung didalam perut dalam jangka masa yang pendek. Apabila air itu diprocess atau dihadamkan maka ia tidaklah membuncitkan. Berlainan dengan keadaan apabila anda makan makanan yang bergaram maka water retention itu akan bertambah. Hal ini akan menyebabkan anda mengalami gemuk air. Gemuk air itu adalah dimana badan anda mempunyai jumlah air yang berlebihan disebabkan pengekalan air yang semakin bertambah.Makin banyak sodium atau garam makin banyak badan anda akan menyimpan air tersebut. Bagi mengurangkan gemuk air atau paras pengekalan air anda haruslah mengurangkan kadar pengambilan sodium atau garam, lebihkan fiber dan tingkatkan senaman. Fiber itu adalah sumber makanan yang tidak akan kekal dalam badan anda dan akan keluar bersama dengan bahan bungan anda. Untuk membuang fiber ini maka anda perlu minum air yang banyak.

Minum air sebelum atau semasa atau selepas makan adalah bergantung kepada diri anda sendiri. Jika anda minum air sebelum, semasa dan selepas maka isipadu air dalam badan anda akan bertambah bersama dengan jumlah makanan yang anda makan. Keadaan ini mungkin akan membuncitkan perut tetapi hanyalah dalam jangka masa yang pendek dan bukannya kekal. Keadaan buncit yang kekal itu mungkin berlaku disebabkan oleh masalah sodium yang berlebihan, kurang fiber, kurang senaman dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan ais ? Ramai penggemar ais bertanya adakah ais itu membuncitkan. Ais itu sendiri mungkin akan membekukan lemak anda dalam jangka masa yang pendek dan jika ini benar maka tidak ada masalah kerana suhu badan anda itu sendiri akan mencairkan lemak anda semula. Anda boleh menambahkan senaman anda bagi membantu proses ini.

Again, air tidaklah mengemukkan kerana air mengandungi 0 kalori. Yang menggemukkan adalah air yang mengandungi kalori seperti teh tarik, jus epal, minuman yang bersusu atau bergula yang mengemukkan dari segi lemak. Jadi kurangkan minum air yang berkalori dan banyakkan minum air putih atau air masak atau air mineral atau air RO.

Kuantiti air  bukan lah isu yang utama. Jika anda mahu minum sebotol, 8 gelas atau 10 gelas atau 4L sekalipun bergantung kepada anda. Tiada peraturan yang tetap kerana kuantiti air yang diambil bergantung kepada keadaan semasa, aktiviti harian, bersukan, outdoor aktiviti, dan sebagainya. Makin banyak water lose makin banyak anda perlukan air. Cara senang untuk mengetahui badan anda cukup air ataupun tidak adalah dengan melihat warna air kencing atau urine anda. Jika jernih maka anda telah minum air dengan kadar yang cukup dan jika kekuningan maka anda kekurangan air. Again, makin banyak aktiviti yang anda lakukan makin banyak air yang anda perlukan.

Nasihat saya, jangan biarkan badan anda dehidrasi (dehydrated) kerana ini akan menjejaskan aktivit harian anda dan akan memberikan side effect kepada anda. Maka jangan takut untuk minum air kerana takut gemuk. Bagi mereka yang berdiet, minum air yang cukup adalah penting.

Terima kasih kerana sudi membaca entry kali ini. Semoga bermanfaat.

"Stay goal, have a faith and don't stop until you're proud"

Till next time,
Han.









Memilih gaya hidup sihat....


Good day everyone..

Sepertimana yang kita lihat di laman sosial, hampir setiap hari gambar atau resipi yang dimuat naik terutamanya di facebook, twitter and instagram. Tipu lah kalau tidak tergoda melihat gambar-gambar makanan yang membuatkan air liur meleleh dan yang menariknya sekarang ramai yang mencipta atau outer bermacam-macam resipi menjadi resipi mudah diikuti, sedap dan menjimatkan masa. Point saya sekarang bukannya resipi tetapi cara pemakan yang sihat.

It's a good news apabila ramai yang berminat untuk mengubah hidup mereka menjadi lebih sihat. Untuk pengetahuan anda semua, masalah obesiti di Malaysia sekarang berada ditahap yang membimbangkan tidak kira peringkat umur. Jumlah ini meningkat disebabkan oleh amalan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan oleh masyarakat dan juga pemakanan yang tidak seimbang yang langsung tidak menepati piramid makanan. Tambahan pula, mereka yang mempunyai masalah ini mempunyai gaya hidup yang tidak aktif iaitu kurang bersenam disebabkan faktor bekerja dan sebagainya. Apabila seseorang mempunyai masalah obesiti maka mereka mempunyai peluang yang besar  untuk mendapat masalah kesihatan yang lain terutamanya penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis, hiperlipidaemia, stroke dan sebagainya.

Bukan sahaja mereka yang mempunyai masalah obesiti, bahkan mereka yang mempunyai berat yang normal juga tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Persepsi masyarakat apabila mereka mempunyai berat badan yang normal atau bahasa lainnya badan yang kurus, mereka mempunyai badan yang sihat. Hal ini sama sekali tidak benar kerana segelintir mereka yang mempunyai berat yang normal juga mempunyai masalah kesihatan disebabkan pemakanan yang tidak dikawal dan jugak gaya hidup yang tidak aktif. Apa yang saya mahu tekankan disini, tidak kira sekiranya anda mempunyai masalah obesiti (kegemukkan) atau mempunyai berat yang normal, jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat maka kecenderungan anda untuk mendapat penyakit adalah besar. Walaubagaimana pun anda masih belum terlambat untuk mengubah gaya hidup anda.

Jika dilihat pada hari ini ramai yang menawarkan program kesihatan untuk menguruskan badan contohnya JOM KURUS MALAYSIA yang diperkenalkan oleh Kevin Zahri dan jugak tidak ketinggalan lambakkan fitness centre. Walaupun banyak yang menawarkan program-program kesihatan yang berbayar mahupun tidak tetapi semua itu tidak akan berlaku sekiranya anda sendiri tidak sanggup untuk membuat perubahan. Untuk menjadi lebih sihat anda tidak lah wajib untuk menyertai program-program tersebut jika anda mampu untuk melakukannya dengan sendiri akan tetapi untuk melakukan semua itu anda haruslah mempunyai ilmu supaya anda tidak kecundang dan tidak mengamalkan cara yang betul.

Bercakap mengenai diet pula, pada hari ini banyak diet yang diperkenalkan yang telah mempunyai banyak testimoni yang berjaya. Contoh diet yang popular adalah :

- Diet kalori
- Diet Atkins
- Diet detox
- Diet mengikut jenis darah
- Diet seimbang
- Diet nasi
- Diet vegetarian

Diet-diet ini bukanlah semuanya sesuai dengan badan kita tetapi ikutlah diet yang sesuai dengan kemampuan, size badan, gaya hidup dan yang paling penting tidak membahayakan diri anda sendiri. Again, saya tekankan disini, sebelum berdiet anda haruslah fahami diet itu tersendiri dan harus mempunyai ilmu mengenai diet itu. Ramai yang salah kerana mereka menganggap berdiet itu adalah berlapar. Hal itu adalah sama sekali salah kerana jika anda berlapar dan membiarkan perut anda masuk angin maka ini akan memberi side effect kepada anda sendiri contohnya, gastrik, pening, loya dan sebagainya. Ketika berdiet anda boleh makan sehingga kenyang tetapi under control and mengikut peraturan diet itu yang tersendiri. Jadi pilihlah diet atau cara pemakanan anda yang sihat dan tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri.

Nasihat saya, sebelum berdiet anda haruslah merujuk pakar atau pihak yang lebih tahu supaya anda tidak salah memilih dan mengamalkan cara yang betul.

Terima kasih kerana sudi membaca entry hari ini.

"Stay goal, have a faith and don't stop until you're proud"

Till next time,
Han